Tuesday 15 March 2011

Abdul Muiz Mula Mengenal Nombor dan Huruf

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu untuk melihat perkembangan positif Muiz di sekolah akhirnya menjadi kenyataan. Selama beliau di Nursery, beliau mengalami masalah 'delayed speech' dan aku dan isteri agak risau dengan progress yang agak perlahan. Ketidak mampuan Muiz untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dan lancar berbanding dengan rakan sebaya beliau menjadi salah satu penyebab beliau amat memilih dalam berkawan. Muiz sering dilihat berada dalam dunianya sendiri, bermain sendiri dan bercakap sendiri. Keadaan ini berterusan sehingga Muiz masuk ke Reception (Tadika) dan Muiz seakan-akan kurang berminat untuk belajar mengenali huruf atau nombor. Sehinggalah aku dan isteri diingatkan oleh guru kelasnya untuk membantu beliau mengenali huruf dan nombor sewaktu cuti Krismas 2010.

Alhamdulillah, dengan usaha tekun dan gigih seorang ibu, setelah dipujuk dan dilayan dengan manja dan penuh kasih sayang, Muiz mula menunjukkan minat yang aku sesekali tidak menyangka. Selama ini rupanya aku dan isteri sering underestimate minat dan kebolehan beliau, apalagi Muiz sebagai anak bongsu, selalu dimanja dan masih dilayan seperti seorang bayi kecil.

Kini, Muiz sudah mampu mengenal huruf dan nombor, selalu excited apabila terpandang sesuatu perkataan, bagaimana bunyi setiap huruf-huruf tersebut. Sewaktu menghadiri Parents Evening Muiz baru-baru ini, guru kelasnya amat seronok bercerita mengenai Muiz, bagaimana dia begitu kagum dengan pencapaian mendadak Muiz di dalam kelas, kebolahan beliau mengenal nombor dan huruf, kepetahannya bercakap.
Alhamdulillah......syukurku kepada Allah yang mengurniakan semua ini.

No comments:

Post a Comment