
Gambar ihsan dari http://asrirabbani.blogspot.com/
Sememangnya pemergian Allahyarham Ustaz Asri (kumpulan Rabbani) amat mengusik jiwa saya kerana beliau adalah insan istimewa yang pernah saya bergandingan di awal tahun 90′an dahulu sewaktu program nasyid dan qiamullail jelajah UK. Dek kesibukan tugasan seharian sewaktu di tanahair, apalagi tiada menyangka pemergiannya ke Rahmatullah yang begitu awal, saya hanya sempat menyimpan hasrat untuk berjumpa Allahyarham di suatu waktu yang sesuai setelah agak begitu lama berpisah. Lirik nasyidnya yang puitis dialunkan melalui kemerduan suaranya menyerlahkan keikhlasan dan ketulusan hatinya menuturkan apa yang saya anggap lahir dari hatinya. Antara nasyid-nasyid yang banyak menyentuh hati saya adalah MUNAJAT dan PERGI TAK KEMBALI. Saya paparkan lirik nasyid-nasyid tersebut agar sama-sama dapat kita hayati, bukan sekadar hiburan semata tapi sebagai santapan jiwa.MUNAJAT
No comments:
Post a Comment