Tuesday 15 March 2011

Abdul Muiz Mula Mengenal Nombor dan Huruf

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu untuk melihat perkembangan positif Muiz di sekolah akhirnya menjadi kenyataan. Selama beliau di Nursery, beliau mengalami masalah 'delayed speech' dan aku dan isteri agak risau dengan progress yang agak perlahan. Ketidak mampuan Muiz untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dan lancar berbanding dengan rakan sebaya beliau menjadi salah satu penyebab beliau amat memilih dalam berkawan. Muiz sering dilihat berada dalam dunianya sendiri, bermain sendiri dan bercakap sendiri. Keadaan ini berterusan sehingga Muiz masuk ke Reception (Tadika) dan Muiz seakan-akan kurang berminat untuk belajar mengenali huruf atau nombor. Sehinggalah aku dan isteri diingatkan oleh guru kelasnya untuk membantu beliau mengenali huruf dan nombor sewaktu cuti Krismas 2010.

Alhamdulillah, dengan usaha tekun dan gigih seorang ibu, setelah dipujuk dan dilayan dengan manja dan penuh kasih sayang, Muiz mula menunjukkan minat yang aku sesekali tidak menyangka. Selama ini rupanya aku dan isteri sering underestimate minat dan kebolehan beliau, apalagi Muiz sebagai anak bongsu, selalu dimanja dan masih dilayan seperti seorang bayi kecil.

Kini, Muiz sudah mampu mengenal huruf dan nombor, selalu excited apabila terpandang sesuatu perkataan, bagaimana bunyi setiap huruf-huruf tersebut. Sewaktu menghadiri Parents Evening Muiz baru-baru ini, guru kelasnya amat seronok bercerita mengenai Muiz, bagaimana dia begitu kagum dengan pencapaian mendadak Muiz di dalam kelas, kebolahan beliau mengenal nombor dan huruf, kepetahannya bercakap.
Alhamdulillah......syukurku kepada Allah yang mengurniakan semua ini.

Kembara singkat ke North Wales

Setelah agak lama merancang, akhirnya hajat untuk kami sekeluarga melawati Snowdonia tercapai. Bermula perjalanan pada tengahari Sabtu kami menuju ke tempat penginapan Hotel Traveldge di Caernarfon (disebut Kenaavon), perjalanan mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Lokasi pilihan hotel penginapan kami boleh dikira agak strategik memandangkan berhampiran dengan laut, Morrison dan juga Caernaefon castle.

Pagi Ahad kami mula ke Caenarfon castle, kisah yang agak menarik bagaimana cstle tersebut dibina sedemikian rupa, kawasan castle mengelilingi kawasan perumahan penduduk. Pemandangan yang cukup cantik dan menarik.
Caernarfon castle
Kemudian kami menuju ke Bangor sebuah bandar kecil namun cukup dikenali kerana Bangor University iaitu sebuah universiti yang agak ternama disitu.

Bangor University

Tempat pertama ialah sebuah masjid dinamakan Bangor Islamic Centre terletak di 57 and 61 High Street, Bangor, Gwynedd, LL57 1NR. masjid ini adalah satu-satunya masjid yang terdapat di sini hasil kegigihan pelajar-pelajar muslim dari Timur Tengah mengusahakan terbinanya sebuah masjid bagi menampung keperluan Solat Jumaat dan solat berjemaah di bandar Bangor.

Bangor Islamic Centre

Bangor merupakan sebahagian bandar penting disekitar Snowdonia kerana pemandangan dari bandar tersebut begitu memukau. Kami sempat melawat Bangor Pier dan tempat mendapatkan beberapa souvenier, dibina dengan menarik.
Bangor Pier

Pada hari berikutnya kami menuju ke Holyhead (Isle of Anglesey) iaitu sebuah bandar pelabuhan bagi feri menuju ke Ireland. Ianya dikira terletak paling utara bagi Wales dan kami sempat merakamkan gambar feri dipelabuhan serta sebuah jambatan pejalan kaki yang cukup menarik rekabentuknya.

a unique design footbridge

....akan bersambung........


Saturday 12 March 2011

Nurul Izzah ke University of Glamorgan

Hari ini aku dan isteri menghadiri majlis penganugerahan sijil tamatnya Mathematics Mastercourse anjuran University of Glamorgan untuk anak perempuan kami Nurul Izzah Aisyah (Izzah). Beliau telah terpilih sebagai salah seorang dari 3 orang yang mewakili Cathays High School untuk mengikuti Mathematics Mastercourse selama 8 weekends (every Saturday) dianjurkan oleh University of Glamorgan.