Friday 13 November 2009

Secebis Kisah Teladan Buat Seorang Ayah

Seperti biasa saya sering kepenatan apabila selesai tugas di pejabat. Pulang ke rumah disambut dengan anak-anak yang tak sabar-sabar ingin bercerita itu dan ini, bertanya itu dan ini dan bermacam-macam ragam dan kerenah. Semuanya ingin mendapat perhatian, maklumlah seharian suntuk ditinggalkan. Kiri kanan memanggil ayah.... Pada suatu ketika saya hilang sabar mungkin kerana terlampau letih ataupun mungkin terbawa-bawa masalah pejabat sampai ke rumah, saya mengeluh dan memarahi anak-anak yang sedang memanggil-manggil... "Ayah...ayah...ayah...oh ayah". Anak-anak seakan tergamam... apa taknya dalam keadaan begitu excited ingin mengadu tiba-tiba ditengking. Lantas isteri saya dengan suara memujuk seakan memahami keadaan saya yang keletihan tetapi sempat menyelitkan satu ungkapan yang cukup menusuk jiwa saya sehingga kini. "Bang.... kadang-kadang memanglah kita kurang senang dengan anak-anak...yelah sebab penat sangat...tapi kalau boleh janganlah sampai kita marah diaorang...walaupun serabut sana sini dipanggil ayah..ayah.. sebabnya abang kena ingat ada orang lain yang teramat-amat rindu nak dengan suara anak-anak panggil AYAH. Kita yang dah diberi nikmat, diberi zuriat ni...bawalah bersyukur."
Tergamam sebentar saya dibuatnya. Terasa bagaikan dihempap batu atas kepala. Ringkas sahaja peringatan itu namun cukup memberi impak kepada naluri saya.
Memang benar kata-kata isteri saya. Ada pasangan yang cukup mengimpikan zuriat, namun diuji Allah tidak kesampaian. Ada yang sudahpun kehilangan anak tersayang dan tentunya merindui panggilan AYAH. Begitu juga ada yang sudah dikurniakan zuriat, namun tiada seorangpun yang hairan samada ayahnya balik atau tidak, ada atau pun tak ada. Tak ada bezanya. Sesetengahnya memang cukup mengharap yang ayahnya tak ada dirumah. Jauh sekali untuk memangil-manggil ayah.
Jadi perlulah kita melihat dan menilai segala aduan, keluhan, rengetan dari anak-anak ini. Paling tidak kita perlu merasakan bahawa kita masih lagi mempunyai nilai sebagai seorang ayah di pandangan mereka. Layanlah mereka dengan penuh hikmah. Nasihatilah mereka dengan kata-kata yang baik dan mesra. Berilah alasan yang mendidik bukan sekadar membuat keputusan BOLEH atau TAK BOLEH.
Mudah-mudahan kisah ini tetap menjadi ingatan kepada saya dan memberi sedikit panduan kepada rakan-rakan yang bergelar AYAH.

Monday 9 November 2009

Fruit Picking di Berry Hill Farm, St. Mellons

Bersama seorang rakan karib Aiza Mohd Jamil


8 Aug 2009 Kami sekeluarga berhajat untuk ke mana-mana fruit farm yang terdekat memandangkan perancangan dibuat last minute. Semenjak kami di UK kali ini, belum lagi berkesempatan untuk kemana-mana fruit farm. Bertemankan seorang rakan karib Sdri Aiza kami membuat keputusan untuk fruit farm yang paling dekat dari kediaman kami iaitu Hill Berry Fruit Farm, tak banyak jenis buah yang dapat kami nikmati. Hanya plum, nectarine, apple, pear dan peach yang sedang meranum pada waktu itu. Masuk pun berbayar (walaupun ramai rakan2 yang bagitau waktu-waktu sebelum ni tidak dikenakan apa-apa bayaran). Namun kami akur, apa nak buat, sekadar nak merasa berada di kebun buah. Dapat makan percuma waktu dalam kebun cuma sebanyak mana sangatlah boleh dimakan. Buahnya pun besar-besar. Cuma agak terkilan sebab anak lelaki kami Abdul Hafiz kurang sihat menyebabkan dia tak larat nak berjalan jauh. Terpaksalah dipapah dan terkadang didukung...penatnya dah tentu. Tapi tetap merasa puas sebab setidak-tidaknya dapat merasa buat kegemaran saya plum.

Lawatan ke West Midlands Safari Park










Pada 16 Ogos 2009, saya sekeluarga bersama Engku Fazli/Haini sekeluarga, Azril/Maslina sekeluarga, Fahmi/Khadijah sekeluarga dan Wan ......... sekeluarga mengambil kesempatan hujung minggu cuti persekolahan melawat West Midlands Safari Park di Birmingham. Perjalan memakan masa kurang lebih 2 1/2 jam.

Secebis Kisah Teladan Buat Seorang Bergelar Bapa

Masih teringat-ingat lagi kata-kata isteri kepada saya.
Menjadi rutin harian kehidupan kami di Malaysia, saya dan isteri seperti juga pasangan-pasangan rumahtangga yang lain, terpaksa menghabiskan masa siangnya di pejabat menunaikan tanggungjawab yang diberikan majikan sebagai memenuhi tuntutan mencari rezeki. Kesibukan kerja-kerja dipejabat terkadang terbawa-bawa sampai ke rumah. Dek kesibukan di waktu siang, apabila sampai di rumah, badan sudah kelethan, apatah lagi fikiran pun kusut dan setiap kali melabuhkan tubuh ke sofa, mata tentunya turut tertutup. Dalam keletihan sewaktu sampai di rumah, anak-anak kami yang kecil terutamanya Hafiz tidak pernah dapat bersabar untuk bercerita apa yang dibuatnya seharian, maklumlah seharian ditinggalkan. Begitu jugalah dengan anak-anak yang lain baik yang besar mahupun yang kecil, belum sempat saya dan isteri duduk, semuanya begitu excited untuk bercerita dan bertanya itu dan ini, dan yang kecil merengek-rengek minta dimanja. Masing-masing memanggil "Ayah" . Ada waktu-waktunya dek masalah pejabat yang tak selesai melekat dikepala sampai dirumah dan diwaktu itu panggilan anak pun dirasakan sesuatu yang cukup menyerabutkan. Pernah suatu ketika saya hampir hilang sabar dan terus menyergah anak2. Kesemuanya tergamam dan adanya

Friday 6 November 2009

Majlis Silaturrahim Aidil Fitri 2009

Kehadiran Ustaz Erfino bersama beberapa tetamu postgradute warga CK

Sebahagian adik-adik undergradute perempuan yang hadir

Antara adik-adik undergradute lelaki yang hadir



Alhamdulillah tanggal 3 Okt 2009 (Sabtu) dan 4 Okt 2009 (Ahad), kami berkesempatan meraikan rakan-rakan di Cardiff untuk majlis silaturahim sempena Aidil Fitri 2009 di rumah kami. Dengan berjuadahkan menu yang tak seberapa, adik-adik undergraduates telah sudi berkunjung ke rumah kami pada hari Sabtu dan rakan-rakan berkeluarga berkesempatan berkunjung pada hari Ahad. Sesungguhnya kunjungan kalian semua InsyaAllah membawa rahmat dan keberkatan kepada majlis tersebut dan yang paling penting semangat ukhuwwah dan silaturrahim sesama kita di perantauan terus kuat.


Majlis pada hari Ahad menjadi bertambah berseri dengan kesudian Ustaz Erfino dari MSD selaku pegawai bertugas bagi hal ehwal kebajikan pelajar di UK and Eire berkunjung memenuhi jemputan saya untuk majlis Aidil Fitri tersebut. Jazakallahu Khair Ustaz.

Catatan Perjalanan ke Stonehenge dan Bath



Tanggal 31 Okt 2009, saya sekeluarga bersama keluarga angkat kami Sdr, Radzuan & family berkunjung ke satu tempat yang diwartakan sebagai tempat sejarah iaitu Stonehenge. Bukanlah untuk mengkagumi atau mengidolakan timbunan batu tersebut, tetapi sekadar ingin melihat dari dekat satu misteri yang belum dapat dirungkai oleh pakar kaji purba dari segi teknik pembinaan susunan batu tersebut. Tujuan susunan batu sedemikian rupa juga masih tinggal sebagai misteri. walaupun berbagai teori diutarakan namun sesuatu yang pasti adalah kehebatan pakar sejarah masakini masih belum dapat menembusi tembok ilmu kebijakan sekelompok manusia dahulukala sebagaimana hebatnya pembinaan piramid di zaman Firaun di Mesir.

Selesai menjamu selera dengan bekalan makanan seperti untuk berkelah, kami menuju ke bandar Bath yang saya kira mempunyai nilai pemandangan yang cukup menarik terutamanya dengan senibinanya lebih mirip kepada typical europian buildings. Terasa seolah keluar dari UK sekejap dan mungkin seolah-olah berada di tengah-tengah bandaraya eropah yang lain. Warna bangunan-bangunannya seperti warna krim agak memukau pandangan apatah lagi bila dilihat dari tempat berbukit yang tinggi. Dikatakan antara 2 tarikan utama di Bath adalah Roman Bath dan juga Royal Crecent. Sewaktu kami sampai waktu zohor hampir luput dan kami sempat solat di sebuah masjid iaitu Masjid Muzaffar yang terletak cukup hampir dengan kawasan lawatan kami. Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Bath, alamat masjid ini di

Bath Islamic Society
8 Pierrepont Street
Bath BA1 1LA

Masjidnya lengkap dengan berbagai kemudahan dan cukup selesa untuk solat. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah bath Islamic Society dan juga masjid Muzaffar ini, boleh lawati website: www.bathislamicsociety.org

Waktu siang yang singkat menghampakan kami untuk terus meneroka bandar Bath namun sempat merakamkan beberapa scenery yang agak menarik sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kami bahawa kami sudah menjejakkan kaki di bandar Bath.

Nasyid-nasyid Pilihan - Mengingati Rasulullah

Sebagai muslim kita seharusnya meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai bintang pujaan, seorang rasul pilihan, insan mulia yang dipilih Allah untuk mengajar dan menunjukkan kepada kita apa ertinya kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Tentunya baginda patut disanjung, diagungkan, diingati dan diselawatkan sesuai dengan taraf dan kedudukan baginda yang cukup mulia budi pekertinya, seorang suami mithali, seorang bapa yang penyayang dan yang paling utama, baginda merupakan seorang nabi serta rasul yang sehingga ke akhir hayatnya menyebut-nyebut tentang nasib ummatnya "Ummatii...Ummatii". Begitu perihatin dan sayangnya baginda kepada kita. Sebagai tanda kasih sayang kita kepada baginda, marilah sama-sama kita berselawat kepadanya. Nasyid-nasyid ini mungkin sedikit sebanyak mengingatkan kita serta memberikan gambaran kepada kita betapa agungnya seorang rasul yang bernama Muhammad bin Abdullah.

Kumpulan Hijjaz - Rasulullah



Kumpulan Hijjaz - Dia Kekasih Allah


Kumpulan Rabbani - Ya Rasulullah


Kumpulan NadaMurni - Ya Nabi Salaamun Alaik


Kumpulan NadaMurni - Tolaal Badru Alaina

Wednesday 4 November 2009

Nasyid Kenangan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

Sememangnya pemergian Allahyarham Ustaz Asri (kumpulan Rabbani) amat mengusik jiwa saya kerana beliau adalah insan istimewa yang pernah saya bergandingan di awal tahun 90′an dahulu sewaktu program nasyid dan qiamullail jelajah UK. Dek kesibukan tugasan seharian sewaktu di tanahair, apalagi tiada menyangka pemergiannya ke Rahmatullah yang begitu awal, saya hanya sempat menyimpan hasrat untuk berjumpa Allahyarham di suatu waktu yang sesuai setelah agak begitu lama berpisah. Lirik nasyidnya yang puitis dialunkan melalui kemerduan suaranya menyerlahkan keikhlasan dan ketulusan hatinya menuturkan apa yang saya anggap lahir dari hatinya. Antara nasyid-nasyid yang banyak menyentuh hati saya adalah MUNAJAT dan PERGI TAK KEMBALI. Saya paparkan lirik nasyid-nasyid tersebut agar sama-sama dapat kita hayati, bukan sekadar hiburan semata tapi sebagai santapan jiwa.

MUNAJAT

Tuhan
Kubisikkan...kerinduan
Keinsafan...Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku


Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selamat Datang....Ahlan Wasahlan...Welcome

Welcome to my blog….a simple note sharing blog which I hope will benefit me as well as all visitors. In my journey from Gombak to Cardiff, I'd like to share my experience that I have gathered along the way. Two different cities and two different cultures. My sole intention is to share as much useful information as possible, be it in my religious understanding as well as other noted experiences which I have gathered while being abroad.