Kami bermalam di Reading dan pagi keesokannya Ahad, kami bergerak menuju ke pusat bandaraya London bersama Sdr. Radzuan sekeluarga untuk meletak kereta di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square. Alhamdulillah, perjalanan pada hari Ahad menyelamatkan kami dari membayar Congestion Charge dan Parking Charges. Kami menapak ke Hyde Park Corner (dan berkebetulan dengan ketibaan barisan guards berkuda dari Buckingham Palace di kaw. Hyde Park Corner).
Barisan pengawal berkuda dari Buckingham Palace di Hyde Park Corner
Di hadapan Buckingham Palace
Bersama Sdr Mahfuz sekeluarga
Kami bermalam di Kew Bridge dan keesokan harinya kami berkereta ke Westminster Bridge untuk menunaikan janji pada anak2 melawat SeaLife London Aquarium. Walaupun agak penat, namun puas melihat gelagat anak2 terutamanya yang masih kecil Hafiz dan Muiz cukup excited melihat berbagai jenis ikan dan hidupan laut. Jerung adalah ikan favourite anak2 kacil saya. Hafiz cukup obsessed dengan jerung sehinggakan sebelum ini beliau akan mengadap youtube di internet untuk melihat sebarang dokumentari pasal jerung.
Keseronokan Hafiz bersama jerung pujaannya
Seterusnya terus ke Bayswater (bersebelahan dengan Malaysia Hall) untuk membeli sedikit cenderamata, terpaksa meninggalkan Sdr Radzuan untuk terus memilih berbagai cenderamata yang ada, kami bergegas ke rumah seorang lagi rakan lama berbangsa Pakistan Sdr.Mohamed Naeem Saleemi(bahkan merupakan bekas majikan 15 tahun yang lalu).
Alhamdulillah....kedatangan kami memang dinantikan. Diraikan dengan penuh mesra, lama kami berbual bermacam-macam topik sehingga jam 10.30 malam. Memang hubungan saya dan isteri amat rapat dgn beliau sekeluarga semenjak saya berkhidmat dengan beliau dulu.
Bersama keluarga Sdr. Naeem Saleemi
Kami bermalam di Ilford dan pagi esoknya meneruskan misi mencari lokasi sentimental di sekitar bandar Ilford dan Barking. Ilford Lane yang dahulunya tempat kami mendapatkan daging halal kini begitu berubah wajah, dipenuhi dengan deretan kedai muslim. Apa yang cukup membanggakan saya ialah kini tersergam indah sebuah masjid besar yang baru dibina bersama kompleks aktiviti Islam di jalan Barking menuju EastHam. Sempat menunaikan solat zohor berjamaah di situ, MasyaAllah...hampir separuh masjid dipenuhi makmum waktu zohor.
Kemudian kami menuju ke sempadan Dagenham di mana rumah sewa pertama saya sewaktu saya tiba di UK 15 tahun yang lalu. Begitu juga bangunan universiti (UEL) kampus Barking sudah bertukar menjadi apartmen mewah.
dari Ilford kami bergerak balik ke Cardiff. Kesemuanya kepenatan, tapi kepenatan saya terubat apabila anak2 remaja memberikan remark "This is the best ever trip to London that we ever have". Sebabnya kami banyak masa berkereta berbanding dengan kunjungan kami tahun lepas, terpaksa menggunakan public transport.