Wednesday 30 December 2009

Cuti Krismas di Kotaraya London

Kami memulakan perjalanan dari Cardiff menuju ke Swindon pada hari Sabtu 26 Dis. 2009 untuk pertama kalinya meninjau keseronokan membeli belah pada hari 'Boxing Day' di Swindon Designer Outlet. Namun agak kecewa dengan tawaran yang kurang menarik serta pilihan harga istimewa yang cukup terhad. Namun sesuatu yang dikira menarik ialah suasana membeli belah di kawasan tertutup, tentunya cuaca dimusim sejuk sebegini tidak mengganggu konsentrasi meninjau dan memilih barangan. Anak2 kecil pun terselamat dari serangan angin sejuk.
Kami bermalam di Reading dan pagi keesokannya Ahad, kami bergerak menuju ke pusat bandaraya London bersama Sdr. Radzuan sekeluarga untuk meletak kereta di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square. Alhamdulillah, perjalanan pada hari Ahad menyelamatkan kami dari membayar Congestion Charge dan Parking Charges. Kami menapak ke Hyde Park Corner (dan berkebetulan dengan ketibaan barisan guards berkuda dari Buckingham Palace di kaw. Hyde Park Corner).
Barisan pengawal berkuda dari Buckingham Palace di Hyde Park Corner

Terus menuju ke Buckingham Palace.
Di hadapan Buckingham Palace

Kemudian kami menuju ke Oxford Street melalui tube (keluar di Oxford Circus station). Jam 1.00 tgh hari kami terpaksa bergegas berkereta ke rumah seorang sahabat lama di Neasden, Sdr. Mahfuz sekeluarga. Bercerita kisah2 silam sewaktu saya & isteri pernah di sini lebih kurang 15 tahun yang lalu. Tentunya suasana yang sungguh berbeza, di waktu itu anak2 masih kecil dan agak tergamam melihat anak2 itu kini sudah remaja.
Bersama Sdr Mahfuz sekeluarga

Berpatah balik ke tengah bandaraya untuk menjemput Sdr Razduan sekeluarga bersama2 ke Malaysia Hall untuk makan malam. Di luar kantin, tiba-tiba saya ditegur oleh seseorang dari belakang, agak terkejut dan tergamam, tanpa disangka2 seorang rakan lama sewaktu di Sek. Men. Teknik Terengganu dan juga sewaktu A Level di MCKK, dengan begitu confident memanggil nama saya. Beliau adalah Dato' Ahmad Fadzil, seorang usahawan berjaya dan kini mempunyai cawangan syarikat di Leeds. Sempat bersembang sedikit sebanyak perkembangan semasa, sebelum ini cuma mengetahuinya melalui yahoo group kami MCKK Outsiders. Di akhir perbualan ringkas itu beliau menunjukkan satu SMS dari seorang rakan yang lain mengenai keadaan kesihatan Sdr. Mohamad Fathi yang dalam keadaan tenat. saya tersentak dan merasa amat tidak tenteram apalagi berita mengejut begitu diketahui dalam keadaan penuh tandatanya. Seorang sahabat baik kini sedang menderita. Namun dengan harapan mungkin akan bertambah baik, saya tidak berusaha mengakses sebarang emel.
Kami bermalam di Kew Bridge dan keesokan harinya kami berkereta ke Westminster Bridge untuk menunaikan janji pada anak2 melawat SeaLife London Aquarium. Walaupun agak penat, namun puas melihat gelagat anak2 terutamanya yang masih kecil Hafiz dan Muiz cukup excited melihat berbagai jenis ikan dan hidupan laut. Jerung adalah ikan favourite anak2 kacil saya. Hafiz cukup obsessed dengan jerung sehinggakan sebelum ini beliau akan mengadap youtube di internet untuk melihat sebarang dokumentari pasal jerung.
Keseronokan Hafiz bersama jerung pujaannya

Selesai membeli sedikit tanda kenangan di Aquarium, kami bergerak menyusuri London Bridge melalui tepi bangunan Guys Hospital (kenangan di mana puteri sulung saya Farhah dilahirkan) serta Gatehouse Square (rumah sewa kami di tengah kota London 15 tahun yang lalu) menuju Tower Bridge. Kemudian bergegas menuju ke London Central Mosque (regent Mosque) untuk solat Maghrib dan Isyak.
Seterusnya terus ke Bayswater (bersebelahan dengan Malaysia Hall) untuk membeli sedikit cenderamata, terpaksa meninggalkan Sdr Radzuan untuk terus memilih berbagai cenderamata yang ada, kami bergegas ke rumah seorang lagi rakan lama berbangsa Pakistan Sdr.Mohamed Naeem Saleemi(bahkan merupakan bekas majikan 15 tahun yang lalu).
Alhamdulillah....kedatangan kami memang dinantikan. Diraikan dengan penuh mesra, lama kami berbual bermacam-macam topik sehingga jam 10.30 malam. Memang hubungan saya dan isteri amat rapat dgn beliau sekeluarga semenjak saya berkhidmat dengan beliau dulu.
Bersama keluarga Sdr. Naeem Saleemi

Kami bermalam di Ilford dan pagi esoknya meneruskan misi mencari lokasi sentimental di sekitar bandar Ilford dan Barking. Ilford Lane yang dahulunya tempat kami mendapatkan daging halal kini begitu berubah wajah, dipenuhi dengan deretan kedai muslim. Apa yang cukup membanggakan saya ialah kini tersergam indah sebuah masjid besar yang baru dibina bersama kompleks aktiviti Islam di jalan Barking menuju EastHam. Sempat menunaikan solat zohor berjamaah di situ, MasyaAllah...hampir separuh masjid dipenuhi makmum waktu zohor.
Kemudian kami menuju ke sempadan Dagenham di mana rumah sewa pertama saya sewaktu saya tiba di UK 15 tahun yang lalu. Begitu juga bangunan universiti (UEL) kampus Barking sudah bertukar menjadi apartmen mewah.
dari Ilford kami bergerak balik ke Cardiff. Kesemuanya kepenatan, tapi kepenatan saya terubat apabila anak2 remaja memberikan remark "This is the best ever trip to London that we ever have". Sebabnya kami banyak masa berkereta berbanding dengan kunjungan kami tahun lepas, terpaksa menggunakan public transport.

No comments:

Post a Comment