Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, 30 December 2009

Pemergian Seorang Sahabat

Tanggal 30 Disember 2009, setelah beberapa hari tidak mengakses emel setelah beberapa hari berada di Kota London sempena cuti Krismas dan Tahun Baru, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat rapat yang suatu masa dahulu teman seangkatan A Level di MCKK dan 1st year di MCHE, pemergian buat selama-lamanya ke rahmatullah akibat sakit barah hati. Allahyarham adalah Mohammad Fathi bin Said Fallah. Berita beliau sakit tenat saya ketahui secara kebetulan ketika bertemu dengan secara tidak disangka-sangka dengan seorang kawan seangkatan sewaktu SPM dan A Level dulu Dato' Ahmad Fadzil (kini seorang usahawan yang berjaya), di London sewaktu saya bercuti 2 atau 3 hari yang lepas. Berita SMS yang Dato' Fadzil terima ditunjukkan kepada saya dengan penuh persoalan. Malangnya tidak berkesempatan mengikuti berita melalui yahoo group, terasa begitu terkilan, tersentak dan teramat sedih apalagi mengenangkan saya tidak menyedari keadaan Allahyarham yang sudah terlantar di hospital selama sebulan.
Apapun, itulah taqdir Allah, rakan sebaya yang sudah pergi akibat ujian penyakit, sudah pasti memberikan suatu peringatan besar kepada saya bahawa sesungguhnya baki usia kita semakin pendek. Diwaktu Allah masih mengurniakan nikmat kesihatan, seharusnya direbut peluang untuk menambah dan memperbaiki amalan dan ibadah. Perlu dihitung sebanyak manakah pelaburan akhirat yang sudah dibuat.
......Ya Allah, kumohon kepadaMU agar diberi keampunan dan kerahmatan keatas roh Allahyarham Mohammad Fathi, dan tempatkan rohnya bersama-sama roh hamba-hambaMU yang beriman. Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin.

Monday, 9 November 2009

Secebis Kisah Teladan Buat Seorang Bergelar Bapa

Masih teringat-ingat lagi kata-kata isteri kepada saya.
Menjadi rutin harian kehidupan kami di Malaysia, saya dan isteri seperti juga pasangan-pasangan rumahtangga yang lain, terpaksa menghabiskan masa siangnya di pejabat menunaikan tanggungjawab yang diberikan majikan sebagai memenuhi tuntutan mencari rezeki. Kesibukan kerja-kerja dipejabat terkadang terbawa-bawa sampai ke rumah. Dek kesibukan di waktu siang, apabila sampai di rumah, badan sudah kelethan, apatah lagi fikiran pun kusut dan setiap kali melabuhkan tubuh ke sofa, mata tentunya turut tertutup. Dalam keletihan sewaktu sampai di rumah, anak-anak kami yang kecil terutamanya Hafiz tidak pernah dapat bersabar untuk bercerita apa yang dibuatnya seharian, maklumlah seharian ditinggalkan. Begitu jugalah dengan anak-anak yang lain baik yang besar mahupun yang kecil, belum sempat saya dan isteri duduk, semuanya begitu excited untuk bercerita dan bertanya itu dan ini, dan yang kecil merengek-rengek minta dimanja. Masing-masing memanggil "Ayah" . Ada waktu-waktunya dek masalah pejabat yang tak selesai melekat dikepala sampai dirumah dan diwaktu itu panggilan anak pun dirasakan sesuatu yang cukup menyerabutkan. Pernah suatu ketika saya hampir hilang sabar dan terus menyergah anak2. Kesemuanya tergamam dan adanya