Friday 6 November 2009

Catatan Perjalanan ke Stonehenge dan Bath



Tanggal 31 Okt 2009, saya sekeluarga bersama keluarga angkat kami Sdr, Radzuan & family berkunjung ke satu tempat yang diwartakan sebagai tempat sejarah iaitu Stonehenge. Bukanlah untuk mengkagumi atau mengidolakan timbunan batu tersebut, tetapi sekadar ingin melihat dari dekat satu misteri yang belum dapat dirungkai oleh pakar kaji purba dari segi teknik pembinaan susunan batu tersebut. Tujuan susunan batu sedemikian rupa juga masih tinggal sebagai misteri. walaupun berbagai teori diutarakan namun sesuatu yang pasti adalah kehebatan pakar sejarah masakini masih belum dapat menembusi tembok ilmu kebijakan sekelompok manusia dahulukala sebagaimana hebatnya pembinaan piramid di zaman Firaun di Mesir.

Selesai menjamu selera dengan bekalan makanan seperti untuk berkelah, kami menuju ke bandar Bath yang saya kira mempunyai nilai pemandangan yang cukup menarik terutamanya dengan senibinanya lebih mirip kepada typical europian buildings. Terasa seolah keluar dari UK sekejap dan mungkin seolah-olah berada di tengah-tengah bandaraya eropah yang lain. Warna bangunan-bangunannya seperti warna krim agak memukau pandangan apatah lagi bila dilihat dari tempat berbukit yang tinggi. Dikatakan antara 2 tarikan utama di Bath adalah Roman Bath dan juga Royal Crecent. Sewaktu kami sampai waktu zohor hampir luput dan kami sempat solat di sebuah masjid iaitu Masjid Muzaffar yang terletak cukup hampir dengan kawasan lawatan kami. Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Bath, alamat masjid ini di

Bath Islamic Society
8 Pierrepont Street
Bath BA1 1LA

Masjidnya lengkap dengan berbagai kemudahan dan cukup selesa untuk solat. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah bath Islamic Society dan juga masjid Muzaffar ini, boleh lawati website: www.bathislamicsociety.org

Waktu siang yang singkat menghampakan kami untuk terus meneroka bandar Bath namun sempat merakamkan beberapa scenery yang agak menarik sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kami bahawa kami sudah menjejakkan kaki di bandar Bath.

No comments:

Post a Comment