Tuesday 27 July 2010

Jelajah Scotland Summer 2010

Sudah lama merancang.....keazaman untuk sampai ke bumi Scotland berputik semenjak menjejakkan kaki di bumi UK buat kali kedua ini. Namun perancangan untuk pergi melancong bagi sebuah keluarga yang bersaiz besar (mengikut standard warga Malaysia di Cardiff) bukan suatu yang mudah terutama aspek kewangan. Namun Alhamdulillah Allah izinkan juga untuk kami sampai dibumi Scotland. Bertolak dari Cardiff sekitar jam 11.00 pagi bersama sbuah keluarga lagi iaitu Sdr. Rizal Ishak (dari UniKL), isterinya Elisya serta anak kecil mereka Haikal. Destinasi pertama menuju ke Lake District yang popular dengan pemandangan yang nyaman dan indah. Kami tidak sempat melawat banyak tempat di sekitar Lake District, dan malamnya kami bermalam di Travelodge Carlisle M6.

Keesokan harinya bertolak terus menuju ke Glasgow di mana kami sempat berhenti solat Zohor & Asar di sebuah masjid utama yang cukup besar dan indah binaannya iaitu Central Mosque Glasgow. Terasa begitu bangga dengan kecekalan masyarakat Islam setempat yang begitu gigih mengusahakan pembinaan sebuah masjid yang begiti besar di sebuah bandaraya kedua terbesar di Scotland. Sesuatu yang sedikit sebanyak memberikan inspirasi bagi mengakkan dakwah Islam dibumi yang masyarakat Islam sebagai kelompok minoriti.


Pandangan sisi Galsgow Central Mosque

Pemandangan di bahagian dalam masjid

Pemandangan di pinti masuk utama masjid

Berehat sambil makan tengahari di laman masjid

No comments:

Post a Comment