Friday, 13 November 2009
Secebis Kisah Teladan Buat Seorang Ayah
Tergamam sebentar saya dibuatnya. Terasa bagaikan dihempap batu atas kepala. Ringkas sahaja peringatan itu namun cukup memberi impak kepada naluri saya.
Memang benar kata-kata isteri saya. Ada pasangan yang cukup mengimpikan zuriat, namun diuji Allah tidak kesampaian. Ada yang sudahpun kehilangan anak tersayang dan tentunya merindui panggilan AYAH. Begitu juga ada yang sudah dikurniakan zuriat, namun tiada seorangpun yang hairan samada ayahnya balik atau tidak, ada atau pun tak ada. Tak ada bezanya. Sesetengahnya memang cukup mengharap yang ayahnya tak ada dirumah. Jauh sekali untuk memangil-manggil ayah.
Jadi perlulah kita melihat dan menilai segala aduan, keluhan, rengetan dari anak-anak ini. Paling tidak kita perlu merasakan bahawa kita masih lagi mempunyai nilai sebagai seorang ayah di pandangan mereka. Layanlah mereka dengan penuh hikmah. Nasihatilah mereka dengan kata-kata yang baik dan mesra. Berilah alasan yang mendidik bukan sekadar membuat keputusan BOLEH atau TAK BOLEH.
Mudah-mudahan kisah ini tetap menjadi ingatan kepada saya dan memberi sedikit panduan kepada rakan-rakan yang bergelar AYAH.
Monday, 9 November 2009
Fruit Picking di Berry Hill Farm, St. Mellons
Lawatan ke West Midlands Safari Park
Secebis Kisah Teladan Buat Seorang Bergelar Bapa
Friday, 6 November 2009
Majlis Silaturrahim Aidil Fitri 2009



Alhamdulillah tanggal 3 Okt 2009 (Sabtu) dan 4 Okt 2009 (Ahad), kami berkesempatan meraikan rakan-rakan di Cardiff untuk majlis silaturahim sempena Aidil Fitri 2009 di rumah kami. Dengan berjuadahkan menu yang tak seberapa, adik-adik undergraduates telah sudi berkunjung ke rumah kami pada hari Sabtu dan rakan-rakan berkeluarga berkesempatan berkunjung pada hari Ahad. Sesungguhnya kunjungan kalian semua InsyaAllah membawa rahmat dan keberkatan kepada majlis tersebut dan yang paling penting semangat ukhuwwah dan silaturrahim sesama kita di perantauan terus kuat.
Majlis pada hari Ahad menjadi bertambah berseri dengan kesudian Ustaz Erfino dari MSD selaku pegawai bertugas bagi hal ehwal kebajikan pelajar di UK and Eire berkunjung memenuhi jemputan saya untuk majlis Aidil Fitri tersebut. Jazakallahu Khair Ustaz.
Catatan Perjalanan ke Stonehenge dan Bath

Tanggal 31 Okt 2009, saya sekeluarga bersama keluarga angkat kami Sdr, Radzuan & family berkunjung ke satu tempat yang diwartakan sebagai tempat sejarah iaitu Stonehenge. Bukanlah untuk mengkagumi atau mengidolakan timbunan batu tersebut, tetapi sekadar ingin melihat dari dekat satu misteri yang belum dapat dirungkai oleh pakar kaji purba dari segi teknik pembinaan susunan batu tersebut. Tujuan susunan batu sedemikian rupa juga masih tinggal sebagai misteri. walaupun berbagai teori diutarakan namun sesuatu yang pasti adalah kehebatan pakar sejarah masakini masih belum dapat menembusi tembok ilmu kebijakan sekelompok manusia dahulukala sebagaimana hebatnya pembinaan piramid di zaman Firaun di Mesir.
Selesai menjamu selera dengan bekalan makanan seperti untuk berkelah, kami menuju ke bandar Bath yang saya kira mempunyai nilai pemandangan yang cukup menarik terutamanya dengan senibinanya lebih mirip kepada typical europian buildings. Terasa seolah keluar dari UK sekejap dan mungkin seolah-olah berada di tengah-tengah bandaraya eropah yang lain. Warna bangunan-bangunannya seperti warna krim agak memukau pandangan apatah lagi bila dilihat dari tempat berbukit yang tinggi. Dikatakan antara 2 tarikan utama di Bath adalah Roman Bath dan juga Royal Crecent. Sewaktu kami sampai waktu zohor hampir luput dan kami sempat solat di sebuah masjid iaitu Masjid Muzaffar yang terletak cukup hampir dengan kawasan lawatan kami. Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Bath, alamat masjid ini di
Bath Islamic Society
8 Pierrepont Street
Bath BA1 1LA
Masjidnya lengkap dengan berbagai kemudahan dan cukup selesa untuk solat. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah bath Islamic Society dan juga masjid Muzaffar ini, boleh lawati website: www.bathislamicsociety.org
Waktu siang yang singkat menghampakan kami untuk terus meneroka bandar Bath namun sempat merakamkan beberapa scenery yang agak menarik sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kami bahawa kami sudah menjejakkan kaki di bandar Bath.
Nasyid-nasyid Pilihan - Mengingati Rasulullah
Kumpulan Hijjaz - Rasulullah
Wednesday, 4 November 2009
Nasyid Kenangan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

MUNAJAT
Tuhan
Kubisikkan...kerinduan
Keinsafan...Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku
Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi